Tampin merupakan nama sebuah tempat di Negeri Sembilan. Tampin diperintah oleh Tunku Besar Tampin bermula dengan Tunku Syed Shaaban bin Syed Ibrahim Al-Qadri pada tahun 1832. Pemerintah yang terakhir adalah Tunku Syed Idrus bin Syed Muhammad sejak tahun 1944.
Daerah Tampin terbahagi kepada 7 mukim iaitu Mukim Tampin Tengah ( Bandar Tampin, Pekan Tampin Tengah, Mukim Tampin Tengah), Mukim Repah ( Mukim Repah, Pekan Repah Jaya, Pekan Repah Permai), Mukim Keru, Mukim Tebong, Mukim Gemencheh ( Mukim Gemencheh, Pekan Gememncheh Baru , Pekan Ayer Kuning Selatan), Mukim Gemas ( Bandar Gemas , Pekan Pasir Besar ) dan Mukim Ayer Kuning ( Mukim Ayer Kuning , Pekan Batang Melaka)


0 comments