Asal-usul nama Tampin adalah daripada bekas makanan Tampin
yang diperbuat daripada daun mengkuang. Makanan yang biasanya diisi di dalam bekas
tersebut adalah dodol.
Sumber photo Hazreen Mohamad
Tampin merupakan nama sebuah tempat di Negeri Sembilan. Tampin diperintah oleh Tunku Besar Tampin bermula dengan Tunku Syed Shaaban bin Syed Ibrahim Al-Qadri pada tahun 1832. Pemerintah yang terakhir adalah Tunku Syed Idrus bin Syed Muhammad sejak tahun 1944.
Daerah Tampin terbahagi kepada 7 mukim iaitu Mukim Tampin Tengah ( Bandar Tampin, Pekan Tampin Tengah, Mukim Tampin Tengah), Mukim Repah ( Mukim Repah, Pekan Repah Jaya, Pekan Repah Permai), Mukim Keru, Mukim Tebong, Mukim Gemencheh ( Mukim Gemencheh, Pekan Gememncheh Baru , Pekan Ayer Kuning Selatan), Mukim Gemas ( Bandar Gemas , Pekan Pasir Besar ) dan Mukim Ayer Kuning ( Mukim Ayer Kuning , Pekan Batang Melaka)


